SEBORRHOIEC DERMATITIS

SEBORRHOIEC DERMATITIS

Apa itu SEBORRHEIC DERMATITIS ?

Seborrhoiec dermatitis ialah satu penyakit kronik seperti ekzema/ radang kulit yg hanya terjadi di kawasan badan yg banyak sebaceous gland ( kelenjar peluh) terutamanya di kulit kepala/ muka dan belakang badan.

Punca SEBORRHIEC DERMATITIS

Penyebab utama seborrheic dermatitis masih tidak diketahui. Ianya dipercayai berkait rapat dengan pertumbuhan bakteria Malassezia yg merupakan normal bakteria yg ade di kulit kita. 

Metabolites yg dihasilkan oleh Malassezia seperti fatty acids, oleic acid dan indole-3-carbaldehyde boleh mengakibatkan radang.

SIAPA yang lebih BERISIKO TINGGI untuk dapat penyakit ini

  • Kulit berminyak 
  • Sejarah keluarga yg ade seborheic dermatits/ psoriasis 
  • Kurang immunity seperti pesakit lymphoma (kanser) dan penghidap HIV 
  • Penghidap penyakit saraf dan mental seperti Parkinson disease, sawan, Down syndrome 
  • Pesakit psoriasis yg sedang mengambil rawatan psoralen dan PUVA theraphy 6. Kurang tidur dan stress

Apakah rawatan SEBORRHIEC DERMATITIS yang ada?

Ubat-ubat disediakan dalam berbagai bentuk seperti:

Ubat sapu (krim, losen, gel dan pencuci bentuk cecair) Ubat makan (pil, kapsul)

Terdapat pelbagai jenis rawatan Seborrheic dermatitis bergantung kepada tahap keterukan. Ianya termasuk:

  • Mild topical steroid 
  • Topical calcineurin inhibitor contohnya tacrolimus
  • Topical antifungal / oral antifungal/ antifungal shampoo 
  • Keratolytic agents seperti salicyclic acid

Berapa lama kah rawatan SEBORRHIEC DERMATITIS?!

Keberkesanan rawatan boleh dilihat dalam jangka masa 1 bulan. Namun demikian, perlu ingat bahawa penyakit ini TIDAK BOLEH SEMBUH SEPENUHNYA, hanya boleh DIKAWAL.

Ianya akan hilang selepas rawatan dan kembali lagi bila2 masa seperti semasa badan dalam keadaan stress!!

DIAGNOSIS SECARA KLINIKAL jadi kena berjumpa dengan doktor utk diagnosis..

Adakah perkara yang perlu dielakkan apabila seseorang mendapat SEBORRHEIC DERMATITIS?

Ya, anda tidak boleh:

  • Kurangkan makanan berminyak/ bergoreng 
  • Menghentikan pengambilan ubat-ubat sebelum tamat tempoh rawatan 
  • Mendedahkan diri anda secara langsung kepada cahaya matahari